Laraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 ke 25 darjah celsius.
Tukar atau bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin.
Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu penghawa dingin beroperasi pada tahap optimum.
Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.
Beli unit penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana peralatan itu lebih cekap berfungsi. (Tinjauan kami mendapati ramai mengesyorkan jenis inverter)
Pemilihan saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat juga penting kerap penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti berulang-ulang.
Sunday, 20 March 2016
Enam (6) tip berikut bagi menjimatkan penggunaan tenaga:
Petua Kami : Pada waktu malam, buka juga kipas dan set timer pada penghawa dingin. Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa selepas beberapa jam. Jangan membazir elektrik, nanti bertambah ‘panas’ pula nak membayarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment