Tajaan 2 Orang Imam Tahfiz di Masjid Jamek Chemor -Bulan Ramadhan (RM1000),Tajaan Penghawa Dingin (RM400),Tajaan Kaki Lima Masjid (RM500), Tajaan Pembinaan Lima Buah Gerai (RM 0)

Profil

Ahli Jawatankuasa Kariah bagi Sesi 1 Februari 2016 sehingga 31 Januari 2019

  

Nama
Jawatan
1.
Hj Razi bin Sain                               
Pengerusi
2.
Mohd Yunus bin Mohd Yusof
Timbalan Pengerusi
3.
Abd Rahman bin Khalid                  
Setiausaha
4.
Roslan bin Mat  
Penolong Setiausaha
5.
Ahmad Tamam bin Daud               
Bendahari
6.
Mohd Yunus bin Abdul Rahman    
Ahli Jawatankuasa
7.
Kamis bin Darus                              
Ahli Jawatankuasa
8.
Faizulzaman bin Mohd Ali              
Ahli Jawatankuasa
9.
Hulam Razol bin Nadar Khan          
Ahli Jawatankuasa
10.
Hj Leman bin Limin                        
Ahli Jawatankuasa
11.
Mohamed Salleh bin Awang            
Ahli Jawatankuasa
12.
Hassan bin Kulop Ali                      
Ahli Jawatankuasa
13.
Asraf Ali bin Muridin                      
Ahli Jawatankuasa
14.
Roslin bin Mohamad Sukirman      
Ahli Jawatankuasa
15.
Sarimah bt. Selaman                    
Ahli Jawatankuasa
16.
Hjh Norlida binti Abd Rahman      
Ahli Jawatankuasa



Tugas Tugas AJK

SENARAI TUGAS-TUGAS AJK SESI 2013-2016
    1. PENGERUSI
        • Mengetuai pengurusan dan pentadbiran masjid 
        • Merangka pelan tindakan dan program bagi pengimarahan masjid
        • Memastikan pentadbiran surau berjalan dengan baik
        • Mempengerusikan mesyuarat JK masjid
        • Merasmikan program dan aktiviti masjid
        • Mewakili masjid ke jemputan luar
        • Memantau perlaksanaan tugas semua AJK
        • Bersama dengan Bendahari dan SU sebagai penandatangan cek masjid
        • Mengetuai mana-mana aktiviti utama BIRO bila dirasakan perlu.
        • Mengawaselia dan menyelaras semua aktiviti yang dijalankan oleh BIRO-BIRO
        • Mengetuai AJK dalam semua urusan dengan jabatan-jabatan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.
    1. SETIAUSAHA
        • Membantu AJK melaksanakan tugas supaya berjalan dengan baik
        • Sebagai pencatit semua minit mesyuarat AJK dan mengedarkan minit mesyuarat untuk tindakan lanjut AJK.
        • Bekerjasama bersama pengerusi merangka pelan, program dan aktiviti bagi menjadikan surau sebagai tempat penyatuan ummah disamping membangunkan jemaah kariah dan sekitarnya.
        • Menguruskan rekod dan maklumat pentadbiran surau dan semua aktiviti.
        • Mengeluarkan surat menyurat surau samada resmi atau tidak resmi
        • Memanggil mesyuarat AJK, menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan kepada semua AJK masjid
        • Koordinator perancangan tahunan dan penerbitan taqwim masjid
        • Memaklumkan semua aktiviti surau dari masa ke semasa kepada semua ahli qariah
        • Menguruskan semua dokumen berkaitan untuk Mesyuarat Agung
        • Bersama dengan Bendahari dan Pengerusi sebagai penandatangan cek 
    1. BENDAHARI
        • ​​Menguruskan kewangan masjid
        • Menyimpan rekod dan dokumen pendapatan dan perbelanjaan masjid
        • Menyediakan laporan kewangan bulanan dan tahunan
        • Mengawal selia perbelanjaan masjid
        • Membuat pembelian dan pesanan barangan masjid.
        • Menguruskan pembayaran bil-bil eletrik, air dan lain-lain
        • Menyalurkan wang saguhati kepada Biro Dakwah Dan Kebajikan untuk pembayaran kepada penceramah/Ustaz
        • Merancang mewujudkan tabung-tabung khas dan menguruskan kutipan derma tabung masjid dari masa ke semasa.
        • Menerima dan menguruskan penerimaan sumbangan kewangan
        • Mengurus sumbangan kewangan surau ke badan-badan tertentu jika ada.
        • Bersama dengan Pengerusi dan SU sebagai penandatangan wajib cek surau
    1. IMAM
        • Menjadi imam solat 5 waktu dan solat-solat sunat berjamaah yang lain.
        • Melantik imam gentian bila perlu.
        • Mengurus pembayaran saguhati kepada penceramah/ustaz
        • Mengetuai urusan fardu kifayah ke atas jenazah orang Islam yang meninggal di kariah Chemor sehingga sempurna dikebumikan
        • Membaca khutbah solat sunat Hari Raya Eidulfitri dan Eiduladha
        • Mengingatkan jemaah tentang niat solat Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Idil Adha serta kaifiatnya sebelum solat itu dimulakan
        • Mengetuai jemaah dalam menghadiri jemputan dan mengetuai bacaan doa Selamat
        • Menyediakan jadual bertugas imam, bilal pada bila-bila masa termasuk bulan ramadhan
        • Membantu Biro Dakwah atas urusan penjadualan penceramah dan pembayaran sagu hati
        • Mengetuai AJK program Korban dan yang berkaitan dengannya
    1. BILAL
        • ​​Menyempurnakan azan dan iqamah bagi solat 5 waktu dan solat-solat lain
        • Menyediakan peralatan audio berkeadaan baik setiap kali sebelum sembahyang didirikan.  Jika terdapat masalah, memaklumkan kepada Biro Pembangunan dan pengurusan Harta untuk pembaik pulih.
        • Membantu Biro-biro lain bila diperlukan.
    1. SIAK
        • ​​Membuka dan mengunci pintu masjid
        • Memastikan kebersihan dalam surau dan sekelilingnya
        • Memastikan semua persediaan solat dalam keadaan baik dan sempurna
        • Memastikan semua suis lampu, kipas dan penghawa dingin dihidupkan sebelum solat dan dimatikan selepas digunakan sebelum surau dikunci
        • Memastikan tikar dan sejadah dibentangkan sebelum solat Hari Raya dan digulung selepas solat itu
        • Memastikan tandas-tandas, tempat wuduk dibersihkan;
        • Memastikan dan bertanggungjawab atas keselamatan barang-barang masjid
        • Melaporkan apa-apa kejadian yang tidak diingini yang berlaku di masjid kepada Pengerusi atau Imam.
    1. WAKIL PEMUDA
        • ​​Merancang dan menganjurkan program untuk pemuda
        • Mewakili surau dalam mesyuarat dan program pemuda peringkat masjid
        • Merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti keilmuan khusus untuk remaja dan belia seperti program ceramah persediaan peperiksaan, teknik belajar, teknik menjawab soalan.dan sebagainya.
        • Mewujudkan jalinan kerjasama yang baik antara belia dan jawatankuasa surau melalui program-program yang dirancang seperti sukan tahunan, aktiviti melancung, memanjat gunung, berbasikal, memancing dsb.
        • Menjalinkan hubungan dengan NGO atau badan-badan belia di dalam negeri Perak.
        • Merancang aktiviti yang boleh memupuk remaja agar cinta kepada surau seperti Summer camp dakwah dan riadah, program gotong royong pembersihan masjid dan surau di sekitar Chemor, dan mengecat masjid.
        • Mengumpul maklumat semua anak remaja ahli kariah
        • Menganjurkan program smart solat dikalangan remaja qariah
        • Menganjur program meraikan pelajar-pelajar cemerlang UPSR, PMR dan SPM di Qariah Chemor
    1. WAKIL MUSLIMAT
        • ​​Menjadi agen perhubungan antara muslimah surau dan ahli muslimat kariah
        • Menjaga kebajikan kaum muslimah dikalangan anak kariah dan masyarakat setempat.
        • Merancang dan mengadakan program yang boleh menggalakkan dan meramaikan bilangan jemaah muslimah untuk datang ke surau
        • Mewujudkan program yang dapat meningkatkan pendidikan agama dalam kalangan muslimat kariah
        • Mengadakan seminar berkaitan seperti kesihatan, program ibu mithali dan kempen menutup aurat
        • Menjadi tenaga kerja tambahan dalam semua aktiviti masjid apabila diperlukan.
        • Menubuhkan kelas pembangunan ekonomi muslimah seperti kelas memasak, menjahit dsb
        • Menjadi Menjadi rujukan bagi urusan kematian muslimat di qariah.
        • Berurusan dan bekerjasama dengan badan Khairat kematian Masjid dalam urusan berkaitan
        • Menguruskan segala kemudahan pemandian jenazah, pengkafanan
        • Mengadakan kursus pengurusan jenazah secara berkala untuk kaum muslimat
        • Mengemaskini maklumat ahli dan waris simati
        • Memastikan kebajikan para petugas berkaitan pengurusan jenazah sentiasa diutamakan
    1. BIRO DAKWAH DAN KEBAJIKAN
        • Menyediakan jadual kuliah mingguan, bulanan dan tahunan surau
        • Menguruskan untuk mendapatkan ustaz/penceramah untuk tujuan kuliah/ceramah dan menyediakan jadual kuliah bulanan.
        • Merancang dan melaksanakan ceramah-ceramah khas
        • Mengadakan kelas-kelas pengajian khas seperti kelas tajwid dan sebagainya
        • Bekerjasama dengan biro-biro lain bagi menganjurkan program program ilmu dan pendidikan untuk semua ahli kariah
        • Mewujud dan mengendalikan sudut bacaan/ilmu di surau
        • Memastikan segala program hari kebesaran Islam diadakan seperti Maulidul Rasul, Israk Mikraj dan lain-lain.
        • Merancang dan mengadakan program qiamulail bila perlu
        • Merancang dan mengadakan kursus-kursus berbentuk ilmiah, seminar anti zina, program kemasyarakatan seperti kursus pengurusan asnaf fakir miskin serta muallaf, Pengurusan Faraid
        • Membantu surau dalam pentarbiyahan mesra jemaah
        • Bekerjasama dengan Imam dalam menguruskan pembayaran saguhati kepada ustaz-ustaz dan penceramah.
        • Menguruskan urusan penyempurnaan jenazah lelaki
        • Menjadi tempat rujukan bagi permasalahan pengurusan jenazah lelaki
        • Mengadakan kursus pengurusan jenazah secara berkala
        • Mewakili surau untuk semua urusan Khairat Kematian
        • Menyediakan daftar kematian yang dikebumikan di tanah perkuburan kariah surau yang lengkap dan mudah dirujuk.
        • Menjadi rujukan untuk urusan penggunaan surau sebagai tempat nikah Kahwin dsbg.
        • Menguruskan aktiviti kesihatan seperti pemeriksaan kesihatan, ceramah kesihatan, berkhatan beramai-ramai
        • Membuat kajian dan statistik ahli kariah mengenai bilangan penduduk seperti golongan lelaki, wanita, remaja, kanak-kanak, Islam dan bukan Islam, fakir miskin, mualaf, ibu tunggal, kanak-kanak istimewa, golongan profesional, ahli-ahli koporat dan lain-lain.
        • Mewujudkan Tabung bantuan serta menguruskan penyerahan bantuan kepada pihak-pihak yang memerlukan seperti bantuan fakir miskin, bencana alam dll.
        • Menjaga kebajikan ahli kariah – perkahwinan, kematian, sakit dan mendapat musibah
        • Merancang dan melaksanakan program-program kebajikan untuk ahli kariah seperti Sunathon, sumbangan fakir miskin dan anak yatim, meraikan bakal haji dan lain-lain.
    1. BIRO PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN HARTA
        • ​​Merancang pembangunan dan menambahbaik prasarana surau
        • Menangani dan menyelenggara secara berkala sebarang kerosakan fizikal surau dengan segera
        • Menjaga dan mengawal segala aset-aset surau dalam keadaan baik
        • Bekerjasama dengan bendahari untuk mencari sumber kewangan bagi setiap program pembangunan surau yang ingin dijalankan dari masa ke semasa
        • Bekerjasama dengan ADUN, JKKK atau NGO berkaitan penambahbaikan masjid
        • Mengawal operasi dan penjimatan penggunaan elektrik dan air.
        • Memastikan dan menjaga segala harta surau dalam keadaan Selamat dan tidak di cerobohi atau di salah guna
        • Mengurus dan mengawaselia penggunaan/peminjaman barang-barang / peralatan surau oleh ahli qariah.
        • Memastikan kemudahan fizikal surau dalam keadaan baik dan mencukupi
        • Menganjurkan gotong-royong berkala untuk kebersihan dan pembangunan masjid
        • Menaik taraf landskap untuk keceriaan surau
        • Berperanan penting untuk menyusun atur kerusi meja, bunga, hiasan dsb pada setiap program besar seperti forum perdana, sambutan hari raya, maulidul rasul dll
        • Membina papan tanda dan tunjuk arah
    1. BIRO SAJIAN & KERAIAN
        • ​​Merancang dan mengatur aktiviti bagi memenuhi permintaan penyediaan makanan dan minuman untuk sebarang program yang dianjurkan oleh masjid.
        • Memastikan segala keperluan bahan mentah di dapur mencukupi.
        • Sentiasa menyediakan semua keperluan berkaitan dengan masak-memasak seperti peralatan dan tenaga kerja bila diperlukan.
        • Sering berhubung dengan bendahari untuk mendapat peruntukan kewangan bagi membeli keperluan penyediaan sajian dan keperluan dapur
        • Memastikan jamuan berbuka puasa/morey disediakan oleh surau atau yang dibawa oleh anak kariah dimasak dan dihidangkan.
        • Menyediakan tenaga kerja bagi menyediakan masakan untuk tahlil arwah malam pertama sumbangan masjid
        • Memastikan bekalan air mineral surau sentiasa mencukupi.
        • Memastikan ruang dapur surau sentiasa bersih dan tersusun
        • Menyediakan senarai inventori Dapur yang lengkap
        • Mengawal peminjaman inventori dapur oleh ahli qariah
  1. PEMERIKSA KIRA-KIRA
      • ​​Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira tahunan surau dan membuat laporan atau pengesahan untuk diluluskan dalam mesyuarat agung.
    • Pemeriksa kira-kira juga boleh pada bila-bila masa mengaudit kira-kira kewangan surau jika difikirkan perlu dalam tempoh khidmat mereka

No comments:

Post a Comment