TEMPAHAN & BAYARAN MOREH
Sila hantar nama dan tarikh kepada
Setiausaha melalui WhatsApp / Telegram 012-5510626
Sila bayar kepada Bendahari, Ahmad
Tamam b. Daud sebanyak RM 1,000 (Telefon 012-5636594)
Tarikh
Tempahan
|
|||
23
Ramadhan
|
24
Ramadhan
|
28
Ramadhan
|
29
Ramadhan
|
Thursday, 9 June 2016
Thursday, 2 June 2016
TEMPAHAN & BAYARAN MOREH
Sila hantar nama
dan tarikh kepada Setiausaha melalui WhatsApp / Telegram 012-5510626
Sila bayar kepada
Bendahari, Ahmad Tamam b. Daud sebanyak RM 1,000 (Telefon 012-5636594)
Tarikh
Tempahan
|
|||
8 Ramadhan
|
9 Ramadhan
|
12
Ramadhan
|
13
Ramadhan
|
15
Ramadhan
|
16
Ramadhan
|
19
Ramadhan
|
20
Ramadhan
|
22
Ramadhan
|
23
Ramadhan
|
24
Ramadhan
|
26
Ramadhan
|
28
Ramadhan
|
29
Ramadhan
|
|
|
Friday, 27 May 2016
TEMPAHAN & BAYARAN MOREH
Sila hantar nama dan
tarikh kepada Setiausaha melalui WhatsApp / Telegram 012-5510626
Sila bayar kepada
Bendahari,Ahmad Tamam b. Daud sebanyak RM 1,000 (Telefon 012-5636594)
6 Ramadhan
|
7 Ramadhan
|
8 Ramadhan
|
9 Ramadhan
|
10
Ramadhan
|
12
Ramadhan
|
13
Ramadhan
|
15
Ramadhan
|
16
Ramadhan
|
17
Ramadhan
|
19
Ramadhan
|
20
Ramadhan
|
22
Ramadhan
|
23
Ramadhan
|
24
Ramadhan
|
28
Ramadhan
|
29
Ramadhan
|
Sunday, 8 May 2016
Wednesday, 13 April 2016
MOREH RAMADHAN
1437H / 2016
MENU BERBUKA UNTUK 150 ORANG
A) BERBUKA PUASA
1. Buah Tamar
2. Kuih-muih
3. Murtabak
4. The Tarik /Nescafe
5. Buah-buahan / Tembikai
B) MAKAN NASI SELEPAS SOLAT MAGHRIB
1. Nasi Putih / Minyak
2. Ayam Kari / Daging Rendang
3. Sayur-sayuran
4. Sambal / Ulam / Ikan Masin
5. Pepedam
6. Sirap / Oren
C) SELEPAS SEMBAHYANG SOLAT SUNAT TARAWKH
1. Air Halia Panas
2. Kuih-muih (Sekiranya ada lebihan berbuka puasa)
3. Bubur
Sesiapa yang berminat untuk penyediaan makanan, sila hantar sebut harga kepada setiausaha dengan segera.
Program Bicara Ilmu Beliau di Perak
Sheikh Muhammad Iyadh Ansori
(Tilmiz Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari)Jadual Program Bicara Ilmu Beliau di Perak
Dari : 15-17 April
15 hb aprilTazkirah Jumaat : Masjid Solatiyah Maghrib : Surau Seri Desa,Ipoh
16Hb April
Subuh. : Masjid Al-Ghufraniah Sg Siput (U)
Dhuha : Masjid At-Taiyyibin Chemor
Maghrib : Masjid Saidina Abu Bakar PGA
17hb April (Ahad)
Subuh : Masjid Jamek Chemor
Dhuha :
Maghrib : Surau Bandar Baru Sri Klebang.
Tuesday, 29 March 2016
Kuliah di Surau Darul Ummah Taman Chemor Idaman
Kuliah di Surau Darul Ummah Taman Chemor Idaman
Assalamualailkum.jadual kuliah maghrib Surau Darul Ummah, Taman Chemor Idaman bagi bulan APRIL 20162/4/16 Sabtu Ustazah Umi Nadwa jam 3.00 ptg ( Sabtu minggu pertama) Fardu Ain Wanita.
3/4/16 Ahad - Ustaz Zulkifli - Kitab penawar bagi hati
4/4/16 Isnin - Ustaz Ibnu Abbas - Taksir Al Quran
11/4/16 Isnin - Ustaz Halim - Feqah
20/4/16 Rabu - Ustaz Shafie - Sirah
25/4/16 Isnin - Ustaz Asyraf - Hadis 40
27/4/16 Rabu - Ustaz Nizam - Perubatan Islam
Moh kite ramai-ramai ke majlis ilmu. Sebarkanlah....
Sunday, 27 March 2016
Bandar Chemor terletak di utara bandar raya Ipoh, Perak. Bandar yang berhampiran ialah Tanjung Rambutan, Sungai Siput, Salak, Kuala Kangsar dan Tasik Ipoh. Sekitar tahun 70'an, banyak terdapat lombong bijih timah di Chemor.Pada masa itu juga, Chemor terkenal dengan tanaman ubi kayu sehingga topik pengeluaran ubi kayu di Chemor telah diselitkan ke dalam buku teks Kajian Tempatan sekolah rendah pada masa itu.Selain bijih, pertanian seperti getah dan sayur-sayuran merupakan kegiatan penting bagi penduduk Chemor ketika itu. Pada masa itu di kiri kanan, sepajang jalan utama dari Tasek ke Chemor boleh dilihat ladang getah yang kini telah bertukar kepada kilang,puast perniagaan dan taman perumahan. Penternakan Khinzir juga banyak terdapat pada masa dahulu, sehingga timbul cerita yang mengaitkan asal nama Chemor diambil dari bahasa cina 'Che-Mo' yang kerana bacaan bunyi CEPOH (sebuah Kampung Melayu yang dekat CHEMOR) dalam bahasa keturunan Cina Hakka adalah CHE-MO. Oleh itu orang Cina tidak menggunakan nama Chemor sebaliknya dalam tahun 1990 menggunakan panggilan 'Che-Bo' (CHEPOH) bacaan bunyinya dalalam bahasa Cina adalah bermaksud permata. Kebanyakan taman perumahan baru disekitar pekan Chemor, kampung Cina Kuala Kuang, Kampung Cina Tanah Hitam ketika ini, dahulunya adalah merupakan bekas-bekas ladang sayur dan kandang penternakan. Pada pertengahan tahun 80'an kilang-kilang perusahan telah mula bertapak di Chemor terutamanya di kawasan Klebang dan kampung Cina Khantan Baru.
Sehingga awal 80'an , Chemor tersenarai sebagai salah satu kawasan hitam di Malaysia. Beberapa pos kawalan tentera ditempatkan di sekitar jalan keluar masuk ke Chemor, salah satu pos terletak di Kampung Che' Zainal iaitu di simpang jalan ke Tanah Hitam dan Ulu Chemor.Operasi memburu pengganas komunis kerap dilakukan di ladang getah dan bukit-bukau sekitar Chemor.Pada ketika ini juga penduduk Chemor pernah beberapa kali mengalami perintah berkurung.Konvoi-konvoi kenderaan tentera melalui pekan Chemor ke Ulu Kuang atau Tanjung Rambutan adalah pemandangan biasa bagi penduduk kampung dan mendapat sorakan daripada kanak-kanak ketika itu.Budak-budak kampung yang tinggal berdekatan dengan pos kawalan juga sering lepak di pos dan mendapat hadiah resen. Pada masa itu, juga terdapat sebuah tentera Kem mini berada di kampung Cina Tanah Hitam.
Sekolah rendah kebangsan Hj. Mahmud Chemor pada masa lalu dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Chemor,manakala Sekolah Menengah Aminuddin Baki Chemor, sekolah menengah tunggal di Chemor pada ketika itu mengambil nama tokoh pendidikan negara Allahyarham Aminuddin Baki yang berasal dari Chemor.Sehingga tahun 1984 sekolah ini tidak mempunyai aliran sains,pelajar-pelajar yang cemerlang didalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (Tingkatan 3) terpaksa berhijrah ke sekolah lain seperti sekolah menengah Raja Chulan Ipoh dan sekolah-sekolah lain di Ipoh dan sebaliknya juga banyak sekolah-sekolah Kebangasaan Cina dan India berada di sekitar kawasa CHEMOR.
Sekolah rendah di Chemor
- Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tanah Hitam
- Sekolah Kebangsaan Seri Kelebang
- SK Klebang Jaya
Sekolah menengah di Chemor
Kini Bandar Chemor mempunyai banyak pembaharuan dan akan maju menjelang 2020
Pasaraya Mydin Meru Raya, Aeon Ipoh Klebang dan Econsave Klebang dibina bagi memudahkan penduduk membeli belah di sana
Senarai masjid[sunting | sunting sumber]
- Masjid Al-Amaniah Taibah, Kampung Seri Kelebang, Chepor, 31200 Chemor, Perak
- Masjid Al-Amaniah , Kampung Chepor Dalam, 31200 Chemor, Perak
- Masjid Al-Mohsiniah (Ulu Chemor), Chemor, 31200 Ipoh, Perak
- Masjid Jamek Chemor, 31200 Chemor, Perak
- Masjid Kampung Ulu Chepor, 31200 Chemor, Perak
- Masjid Kampung Ulu Kuang, 31200 Chemor, Perak
Sekolah
Melayu Chemor mula dibuka pada 1.06.1905. Sekolah ini pada mulanya
adalah sebuah bangunan kecil yang letaknya berhampiran dengan Masjid Jamek
Chemor. Kemudian bangunan ini dipindahkan di hadapan Balai Polis
Chemor. Pada mulanya bangunan ini bertiang simen dan berdindingkan
tepas. Selepas itu barulah digantikan dengan dinding papan.
Berhampiran bangunan ini didirikan sebuah rumah guru. Dalam tahun 1940,
cawangan sekolah ini telah didirikan di seberang jalan lebih kurang sepuluh
rantai jaraknya dengan bangunan lama. Dua buah rumah guru turut didirikan
berhampiran bangunan ini. Pihak tentera Jepun telah mengambil alih pertadbiran
sekolah ini di awal pemerintahannya. Beberapa orang tentera Jepun
berserta dua orang guru tempatan telah mengajar di sekolah ini. Semasa Jepun
menyerah kalah kepada kerajaan British dalam tahun 1945, pihak komunis telah
menyerang Balai Polis Chemor. Bangunan cawangan sekolah ini telah
dijadikan tempat berlindung pihak komunis. Akibat beberapa butir peluru tembakan
mata-mata Jepun dari Balai Polis Chemor telah menembusi dinding bangunan
sekolah ini. Dalam masa peralihan pemerintahan Jepun dengan kerajaan British
selama empat belas hari, askar komunis 'Bintang Tiga' telah berjaya
memerintah Tanah Melayu. Sekolah Melayu Chemor ini telah dijadikan tempat
tinggal (berek) askar-askar komunis. Pada tahun 1957, nama sekolah ini telah
ditukarkan kepada Sekolah Umum. Tidak lama selepas itu sekolah ini
dikenali pula sebagai Sekolah Kebangsaan Chemor. Dalam tahun 1975, sekolah cawangan
ini telah dirobohkan dan diganti dengan sebuah bangunan dua tingkat yang
mengandungi lapan buah bilik darjah, pejabat Guru Besar, kantin dan dua buah
bilik stor. Bangunan baru ini mula digunakan pada 1.1.1976.
Menjelang 1977, sekolah ini telah bertukar nama sekali lagi iaitu dengan nama
Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud Chemor sehinggalah ke hari ini. Nama
sekolah ini diambil sempena mengenangkan seorang tokoh masyarakat tempatan yang
banyak jasanya iaitu Allahyarham Haji Mahmud b. Sheikh Abdul Majid. - See more
at:
http://kampungcikzainal.blogspot.my/2009/12/sekolah-chemor.html#sthash.8OpWe2i1.dpuf
Sunday, 20 March 2016
Enam (6) tip berikut bagi menjimatkan penggunaan tenaga:
Petua Kami : Pada waktu malam, buka juga kipas dan set timer pada penghawa dingin. Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa selepas beberapa jam. Jangan membazir elektrik, nanti bertambah ‘panas’ pula nak membayarnya.
Laraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 ke 25 darjah celsius.
Tukar atau bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin.
Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu penghawa dingin beroperasi pada tahap optimum.
Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.
Beli unit penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana peralatan itu lebih cekap berfungsi. (Tinjauan kami mendapati ramai mengesyorkan jenis inverter)
Pemilihan saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat juga penting kerap penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti berulang-ulang.
Petua Kami : Pada waktu malam, buka juga kipas dan set timer pada penghawa dingin. Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa selepas beberapa jam. Jangan membazir elektrik, nanti bertambah ‘panas’ pula nak membayarnya.
Jika penghawa dingin rumah anda tiba-tiba kurang sejuk, mungkin sudah tiba masa untuk diservis. Apa pun, dapatkan nasihat dari mereka yang pakar. Berikut kami senaraikan beberapa pakar servis aircond dengan harga berpatutan yang boleh membantu anda:
* Pihak jawatankuasa masjid merasakan perlu penambahan bilangan penghawa dingin di Masjid Chemor untuk keselesaan para jemaah. Dipohonkan sumbangan daripada pihak tuan puan.
Subscribe to:
Posts (Atom)